Samsung WD8122CVW Washer User Manual


 
10_ menyediakan mesin basuh anda
MEMENUHI KEPERLUAN PEMASANGAN
Bekalan dan pembumian elektrik
Untuk mencegah risiko kebakaran, kejutan elektrik, atau kecederaan diri, semua pendawaian
dan pembumian mesti dilakukan menurut Kod Elektrik Kebangsaan ANSI/FNPA, No. 70
Semakan Terkini dan kod-kod dan ordinan-ordinan tempatan. Adalah menjadi tanggungjawab
perseorangan pemilik alat ini untuk menyediakan khidmat elektrik yang mencukupi bagi alat ini.
Jangan sekali-kali gunakan kord pemanjang.
Gunakan hanya kord kuasa yang datang dengan mesin basuh anda.
Apabila bersiap sedia untuk pemasangan, pastikan bahawa bekalan kuasa anda menawarkan:
Fius atau pemutus litar 220V~240V 50Hz 15 AMP
Litar cabang asing hanya untuk mesin basuh anda
Mesin basuh anda mesti dibumikan. Jika mesin basuh anda pincang tugas atau rosak,
pembumian akan mengurangkan risiko kejutan elektrik dengan menyediakan laluan rintangan
paling sedikit bagi arus elektrik.
Mesin basuh anda dibekalkan dengan kord kuasa yang mempunyai palam pembumian tiga
serampang untuk digunakan pada salur keluar elektrik yang dipasang dan dibumikan dengan
betul.
Jangan sekali-kali menyambungkan dawai bumi pada talian paip, talian gas, atau paip air
panas.
Menyambungkan pengalir pembumi alat dengan salah boleh mengakibatkan kejutan elektrik.
Periksa dengan seorang juruelektrik atau jurukhidmat yang berkelayakan jika anda tidak pasti
sama ada mesin basuh dibumikan dengan betul. Jangan ubah suai palam yang dibekalkan
dengan mesin basuh. Jika ia tidak muat pada salur keluar elektrik, pasang salur keluar elektrik
yang betul melalui seorang juruelektrik yang berkelayakan.
Bekalan Air
Mesin basuh anda akan mengisi dengan betul jika tekanan air anda adalah 50 kPa ~ 800 kPa.
Tekanan air yang kurang daripada 50 kPa boleh menyebabkan kegagalan injap air, lalu tidak
membolehkan injap air menutup sepenuhnya. Atau, mesin basuh mungkin mengambil masa
yang lebih lama dari apa yang dibenarkan oleh kawalan, yang mengakibatkan mesin basuh anda
dimatikan. (Suatu had masa isi, yang direka bentuk untuk mencegah luahan/banjiran jika hos
dalaman menjadi longgar, telah dibina di dalam kawalan.)
Paip-paip air mestilah dalam jarak 4 kaki (122 cm) di belakang mesin basuh anda bagi hos-hos
salur masuk yang disediakan untuk mencapai mesin basuh anda.
Kebanyakan kedai-kedai bekalan paip menjual hos-hos salur masuk yang pelbagai
kepanjangannya sehingga 10 kaki (305 cm).
Anda boleh mengurangkan risiko kebocoran dan kerosakan air dengan:
Membuat paip-paip air mudah dicapai.
Menutup paip apabila mesin basuh tidak digunakan.
Memeriksa secara berkala untuk mengesan kebocoran pada pemasangan hos salur
masuk air.
Sebelum menggunakan mesin basuh anda buat kali pertama, periksa semua sambungan di
injap dan paip air bagi mengesan kebocoran.
menyediakan mesin basuh anda
WARNING
WD8122CVB-02574C_MA.indd 10 2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:56:58