Samsung WD8122CVW Washer User Manual


 
6_ maklumat keselamatan
Alat ini adalah untuk kegunaan di rumah sahaja.
Pastikan bahawa air dan sambungan elektrik dilakukan oleh juruteknik yang berkelayakan,
dengan mengikut arahan pembuat (lihat “Memasang Mesin Basuh”) dan peraturan-
peraturan keselamatan tempatan.
Sebelum membersihkan atau melakukan penyenggaraan, cabut palam alat dari salur keluar
elektrik.
Sentiasa cabut palam alat ini dan tutup air selepas menggunakan alat ini.
Pastikan bahawa kocek-kocek semua pakaian yang hendak dibasuh kosong.
Barang yang keras dan tajam seperti duit syiling, pin, paku, skru, atau batu boleh
menyebabkan kerosakan besar kepada alat ini.
Jangan sekali-kali membenarkan binatang peliharaan dan kanak-kanak bermain di atas
atau di dalam alat ini. Ini boleh menyebabkan kecederaan atau melemaskan mereka.
Pintu kaca alat ini akan menjadi sangat panas semasa kitaran pembasuhan. Jangan sekali-
kali menyentuh pintu kaca semasa mesin sedang digunakan.
Jangan cuba membaiki alat ini sendiri. Pembaikan yang dibuat oleh orang-orang yang
tidak berpengalaman atau berkelayakan boleh menyebabkan kecederaan dan/atau
menyebabkan perlunya pembaikan yang lebih serius dilakukan pada alat ini.
Jika palam (kord bekalan kuasa) rosak, ia hendaklah diganti oleh pembuat atau ejen
servisnya atau orang yang berkelayakan serupa bagi mengelakkan bahaya.
Alat ini harus diservis oleh pusat servis berdaftar kami sahaja, dan hanya bahagian-
bahagian ganti terkadar harus digunakan.
Jangan benarkan kanak-kanak (atau binatang peliharaan) bermain di atas atau di dalam
mesin basuh anda. Pintu mesin basuh tidak boleh dibuka dengan mudah dari dalam, dan
kanak-kanak boleh mendapat kecederaan serius jika terperangkap di dalam.
Alat ini tidak harus digunakan oleh kanak-kanak kecil atau orang-orang yang tidak berdaya
kecuali mereka telah diselia dengan secukupnya oleh seseorang yang bertanggungjawab
bagi memastikan bahawa mereka boleh menggunakan alat ini dengan selamat.
Kanak-kanak kecil harus diselia bagi memastikan mereka tidak bermain dengan alat ini.
Untuk menggunakan alat ini dengan selamat, pengguna harus membiasakan dirinya
dengan arahan-arahan bagi pengendalian alat ini dan sentiasa benar-benar berhati-hati
apabila menggunakannya.
Alat ini harus diletakkan di mana palam kuasa, paip bekalan air dan paip-paip salir boleh
dicapai dengan mudah.
Jangan gunakan air yang diproses yang mengandungi minyak, krim atau losen, yang biasa
didapati di kedai-kedai jagaan kulit atau klinik-klinik urut.
Jika tidak, ini akan menyebabkan pembungkusannya menjadi rosak, yang menyebabkan
kepincangan tugas atau kebocoran air.
maklumat keselamatan
WARNING
WARNING
WD8122CVB-02574C_MA.indd 6 2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:56:55