Samsung WD8122CVW Washer User Manual


 
ciri-ciri mesin basuh samsung anda yang baru _3
• Tunda Tamat
Menunda satu kitaran sehingga 19 jam dalam penambahan satu jam dan menambah
kemudahan menggunakan mesin basuh anda terutamanya apabila anda hendak keluar.
• Diperakui Bagi Mencuci Wul
Mesin ini telah diuji dan telah lulus keperluan spesifikasi Syarikat Woolmark bagi produk-
produk wul yang boleh dibasuh mesin.
Fabrik-fabrik harus dibasuh mengikut arahan pada label pakaian seperti yang ditetapkan oleh
Woolmark dan Samsung.
• Paparan Grafik Digital
Paparan Grafik Digital (panel kawalan) adalah jelas dan mudah digunakan tanpa kekecohan
atau kesukaran. Dan walaupun ia mudah digunakan, Paparan Grafik Digital ini membolehkan
anda membuat pelarasan yang cepat dan tepat bagi cucian anda untuk mendapatkan hasil
cucian yang terbaik.
• Pintu luas
Bukaan pintu yang lebih luas supaya mudah melihat! Tambah dan keluarkan kain dengan
mudah, terutamanya bagi item-item cucian yang bersaiz besar seperti peralatan tempat tidur,
tuala dll.
Buku panduan ini mengandungi maklumat penting tentang pemasangan, penggunaan, dan
penjagaan mesin basuh Samsung anda yang baru. Rujuk kepadanya untuk penerangan
tentang panel kawalan, arahan tentang cara menggunakan mesin basuh, dan petua-petua
bagi menggunakan ciri-ciri dan fungsi-fungsi terkininya dengan cara yang terbaik. Bahagian
Penyelesaian Masalah di halaman 29 memberitahu anda apa yang perlu dilakukan jika terdapat
sesuatu masalah pada mesin basuh anda.
WD8122CVB-02574C_MA.indd 3 2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:56:52