24_ membasuh sebeban kain kotor
GARIS PANDUAN MEMBASUH KAIN
Ikut garis panduan mudah ini untuk mendapatkan kain yang paling bersih dan pembasuhan yang paling
cekap.
Sentiasa periksa label Penjagaan pada pakaian sebelum pembasuhan.
Asing-asingkan kain kotor anda mengikut ciri-ciri yang berikut:
• Label Penjagaan: Asing-asingkan kain mengikut jenis kain iaitu kapas, gentian campuran,
sintetik, sutera, wul dan rayon.
• Warna: Asingkan warna putih dan warna-warna lain. Basuh pakaian berwarna yang baru
secara berasingan.
• Saiz: Meletakkan pakaian yang berbeza saiznya di dalam beban yang sama akan
memperbaiki gerakan pembasuhan.
• Kepekaan: Basuh pakaian halus secara berasingan, menggunakan kitaran Wool (Wul) untuk
pakaian wul tulen baru, langsir dan barangan sutera. Periksa label pada benda yang anda
hendak basuh atau rujuk kepada carta jagaan fabrik di dalam lampiran.
Mengosongkan kocek
Sebelum setiap pembasuhan, kosongkan semua kocek pada pakaian anda. Benda keras yang
kecil, berbentuk tidak tentu, seperti duit syiling, pisau, pin, dan klip kertas boleh merosakkan
mesin basuh anda. Jangan basuh pakaian dengan kancing atau butang besar, atau benda
logam berat lain.
Logam pada pakaian boleh merosakkan pakaian anda dan juga tab. Terbalikkan pakaian
berbutang dan pakaian bersulam sebelum membasuhnya. Jika zip pada seluar dan jaket terbuka
semasa membasuh, bakul putaran boleh rosak. Zip harus ditutup dan diikat dengan tali sebelum
pembasuhan.
Pakaian dengan tali panjang boleh terbelit dengan pakaian-pakaian lain dan merosakkannya.
Pastikan anda betulkan tali-tali tersebut sebelum membasuh.
Memprabasuh kapas
Mesin basuh anda yang baru ini, digabungkan dengan bahan cuci moden, akan memberikan
anda hasil yang sempurna, dan dengan itu, menjimatkan tenaga, masa, air dan bahan cuci.
Bagaimanapun, jika kain kapas anda sangat kotor, gunakan prabasuh dengan bahan cuci
berasaskan protein.
Menentukan muatan beban
Jangan melebihi beban mesin basuh ini kerana kain kotor anda mungkin tidak akan dibasuh
dengan betul. Gunakan carta di bawah untuk menentukan muatan beban bagi jenis kain kotor
yang anda basuh.
Jenis Fabrik Muatan Beban
Model
WD8122CVC/
WD8122CVD/
WD8122CVB/
WD8122CVW
Kapas 12.0 kg
Halus 3.0 kg
Tuala / Cepat
5.0 kg
Selimut 1 helai [Dalam julat 3 kg]
Wul
4.0 kg
Kering 7.0 kg
Apabila kain tidak seimbang (lampu “UE” menyala pada paparan), susun semula beban.
membasuh sebeban kain kotor
WD8122CVB-02574C_MA.indd 24 2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:57:16