Samsung WD8122CVC Washer User Manual


 
menyediakan mesin basuh anda _11
01 MENYEDIAKAN MESIN BASUH ANDA
Salir
Samsung mengesyorkan paip tegak setinggi 18 in (46 cm). Hos salir mesti dihalakan menerusi
klip hos salir ke paip tegak. Paip tegak mestilah cukup besar untuk menerima diameter luar hos
salir. Hos salir dipasang di kilang.
Lantai
Untuk prestasi terbaik, mesin basuh anda mesti dipasang di atas lantai yang dibina dengan
kukuh. Lantai papan mungkin perlu diperkukuhkan untuk meminimakan getaran dan/atau beban
yang tidak seimbang. Permukaan permaidani dan jubin lembut adalah antara faktor-faktor
yang menjadi sebab berlakunya getaran dan kemungkinan mesin basuh anda bergerak sedikit
semasa kitaran putar.
Jangan sekali-kali memasang mesin basuh anda di atas platform atau struktur yang tidak
disokong dengan baik.
Suhu sekeliling
Jangan pasang mesin basuh anda di tempat-tempat di mana air boleh membeku, kerana mesin
basuh anda sentiasa menyimpan sedikit air di dalam injap air, pam, dan bahagian-bahagian
hosnya. Air yang beku di dalam talian-talian boleh menyebabkan kerosakan pada tali sawat,
pam, dan komponen-komponen lain. Anda harus sentiasa menggunakan mesin basuh anda
semasa suhu sekeliling adalah sekurang-kurangnya 60 °F (16 °C).
Pemasangan di dalam alkof atau almari
Untuk mengendalikan dengan selamat dan betul, mesin basuh anda yang baru ini memerlukan
kelegaan minimum sebanyak:
Sisi – 25 mm (1 in) Belakang – 51 mm (2 in)
Atas – 25 mm (1 in) Depan – 465 cm persegi (72 sq.in.)
Jika kedua-dua mesin basuh dan pengering dipasang bersama-sama, bahagian depan alkof
atau almari mesti mempunyai ) bukaan udara yang tidak terhalang sekurang-kurangnya 72
in. persegi (465 cm persegi). Mesin basuh anda sendiri tidak memerlukan bukaan udara yang
khusus.
MEMASANG MESIN BASUH ANDA
LANGKAH 1
Memilih lokasi
Sebelum anda memasang mesin basuh, pastikan lokasinya:
Mempunyai permukaan yang keras dan rata tanpa permaidani atau lantai yang boleh
menghalang pengalihudaraan.
Jauh dari cahaya mata hari
Mempunyai pengalihudaraan yang cukup
Tidak akan membeku (di bawah 32 °F atau 0 °C)
Jauh dari sumber-sumber haba seperti minyak atau gas
Mempunyai ruang yang cukup supaya mesin basuh tidak berdiri di atas kord kuasa
WD8122CVB-02574C_MA.indd 11 2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:56:59