Philips GC2110 Iron User Manual


 
Penting
Baca arahan penggunaan ini dengan teliti dan perhatikan gambar-
gambar sebelum anda mula menggunakan perkakas.
Simpan arahan penggunaan ini untuk rujukan pada masa depan.
Periksa sama ada kuasa voltan yang ditunjukkan pada plat jenis
berpadanan dengan voltan utama setempat sebelum anda
menyambungkan peralatan.
Jangan tinggalkan seterika setelah disambungkan pada punca kuasa
utama.
Kanak-kanak kecil tidak sepatutnya dibenarkan menggunakan
perkakas tanpa penyeliaan.Perhatikan kanak-kanak untuk
memastikan bahawa mereka tidak bermain dengan perkakas.
Plat tapak seterika boleh menjadi terlalu panas dan boleh
menyebabkan kelecuran jika disentuh.Jangan biarkan kord
tersentuh dengan plat tapak ketika ianya panas.
Bila anda selesai menyeterika,bila anda membersihkan peralatan,
bila anda mengisi atau mengosongkan tangki air dan bila anda
tinggalkan seterika biarpun sebentar:tetapkan kawalan wap pada
kedudukan 0,letakkan seterika pada tumitnya dan tanggalkan plag
utama dari soket dinding.
Jika kord utama peralatan rosak,penggantian hanya boleh dilakukan
oleh Philips atau pusat perkhidmatan yang diiktiraf oleh Philips
kerana peralatan dan alat ganti khas diperlukan.
Jangan gunakan peralatan jika terdapat kerosakan.
Perkakas ini hanya untuk kegunaan di rumah sahaja.
Gambaran am (gamb. 1)
A Tombol kawalan suhu
B Tombol kawalan stim
O = tiada stim
Á = bagi stim minimum
q = stim sederhana (jenis GC2225, GC2220, GC2215,GC2130,
GC2125, GC2120 sahaja)
w = stim maksimum
x = fungsi Pembersih-Kerak
C Butang sembur 8
D Muncung sembur
E Penunjuk Suhu
F Penutup pengisi
G Bukaan isian air
H Tangki air
I Plat jenis
J Kord
K Fungsi Stim Tambahan (tekan tombol kawalan stim) (jenis GC2105)
L Lampu panduan suhu/Lampu panduan pematian automatik (jenis
GC2225, GC2130 sahaja)
M Butang pancutan stim 9 (jenis GC2225, GC2220,GC2215,
GC2130, GC2125, GC2120,GC2115, GC2110 sahaja)
BAHASA MELAYU14