Samsung WD8122CVD Washer User Manual


 
membasuh sebeban kain kotor _25
02 MEMBASUH SEBEBAN KAIN KOTOR
MAKLUMAT BAHAN CUCI DAN BAHAN TAMBAHAN
Bahan cuci mana yang harus digunakan
Jenis bahan cuci yang anda gunakan seharusnya berdasarkan jenis fabrik (Kapas, sintetik, item
halus, wul), warna, suhu pembasuhan, dan keamatan kekotoran. Sentiasa gunakan bahan cuci
kain “buih sedikit”, yang dibuat untuk mesin basuh automatik.
Ikut saranan pembuat bahan cuci berdasarkan berat kain, keamatan kekotoran, dan keliatan air
di kawasan anda. Jika anda tidak tahu berapa liat air anda, tanya penguasa air tempatan anda.
Jangan gunakan bahan cuci yang telah mengeras atau memejal kerana bahan cuci
mungkin tertinggal di dalam kitaran bilas. Ia boleh menyebabkan mesin basuh anda tidak
membilas dengan betul atau mengakibatkan limpahan menjadi tersumbat.
Laci bahan cuci
Mesin basuh anda mempunyai petak-petak berasingan untuk mendispens bahan cuci dan
pelembut fabrik. Tambahkan semua bahan tambahan kain ke dalam petak yang betul sebelum
memulakan mesin basuh anda.
JANGAN buka laci bahan cuci semasa mesin basuh sedang berjalan.
1. Tarik laci bahan cuci di sebelah kiri panel kawalan.
2. Tambahkan jumlah bahan cuci kain yang disyorkan
langsung ke dalam petak bahan cuci sebelum
memulakan mesin basuh anda.
3. Tambahkan jumlah pelembut fabrik ke dalam petak
pelembut jika perlu.
4. Apabila menggunakan pilihan Prabasuh, tambahkan jumlah
bahan cuci kain yang disyorkan ke dalam petak
prabasuh .
Apabila membasuh item-item besar JANGAN gunakan
jenis bahan cuci yang berikut.
Bahan cuci jenis tablet dan kapsul
Bahan cuci menggunakan bola dan jaring
Pelembut dan perapi fabrik yang pekat mesti dicairkan
dengan sedikit air sebelum dituang ke dalam dispenser
(mencegah limpahan daripada tersumbat).
MAKS
WD8122CVB-02574C_MA.indd 25 2008-06-09 ¿ÀÈÄ 3:57:17